• Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default color
  • blue color
  • red color
  • green color

MAKLUMAT TERKINI

Hilang & Jumpa

Terdapat beberapa barangan tercicir telah
dijumpai di PPAT. Untuk maklumat lanjut
bolehlah menghubungi Pn.Rohayah Yahya
di talian 09-6221100.

 

 

 

Aktiviti Hujung Minggu

Sila layari pautan Aktiviti bagi mengetahui

aktiviti yang menunggu adik-adik setiap minggu.

Waktu Perkhidmatan

SABTU :  8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

AHAD - RABU : 9.00 PAGI HINGGA 5.30 PTG.

KHAMIS : 9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG.

JUMAAT DAN KELEPASAN AM: TUTUP

Sebutharga dan Tender

KENYATAAN TAWARAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN

BANGUNAN TAMBAHAN DAN KERJA-KERJA

YANG BERKAITAN UNTUK PERPUSTAKAAN DESA

KAMPONG SUNGAI SERAI, MARANG

 

Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Merang, Setiu

E-mail Print PDF

Seramai 35 orang murid bersama 3 orang guru pengiring daripada Sekolah Kebangsaan Merang, Setiu telah mengikuti Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan yang telah diadakan di Bilik Seminar, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) pada 17 Januari 2012. Di antara skop pengajaran adalah Pengenalan PPAT, Tatacara Kerja Sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah / Perpustakaan, Pengkatalogan dan Pengkelasan Sumber Perpustakaan, Proses Teknik Bahan dan juga Lawatan Berpandu ke bahagian-bahagian di PPAT.

Last Updated on Wednesday, 18 January 2012 08:53

Majlis Pelancaran Program Komuniti LPPKN bersama ExxonMobil

E-mail Print PDF

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah menyertai program bersama-sama dengan beberapa Agensi Kerajaan Negeri  di Majlis Pelancaran Program Komuniti LPPKN bersama ExxonMobil dengan membuka kaunter Pendaftaran Keahlian Perpustakaan. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B. Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman ,Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri di Balairaya Kg. Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 15 Januari 2012.
Foto: Mamat Zamri

Last Updated on Wednesday, 18 January 2012 08:51

Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia Peringkat Negeri di Besut

E-mail Print PDF

Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia ini berlangsung pada 06 - 07 Januari 2012 bertempat di Jerteh Souq. Program ini bertujuan untuk mempromosi agensi-agensi Kerajaan dan Swasta. Antaranya yang terlibat ialah SUK Terengganu, Perpustakaan Awam Daerah Besut, Pusat Bahasa Terengganu, Bestari.com, Manis FM, Terengganu FM, RTM, Radio Kelantan, Celcom, Maxis dan pelbagai agensi lain. Perpustakaan Awam Daerah Besut telah mengadakan pendaftaran secara online  menggunakan sistem Virtua. Seramai 211 orang telah menjadi ahli perpustakaan pada hari tersebut.

Last Updated on Wednesday, 18 January 2012 08:51
Anda Di Home